Selasa, 16 April 2013

Diari 26: Bahasa Slanga



Bahasa slanga merupakan satu kelainan bahasa
yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal
dan sifatnya sering berubah.
Bahasa slanga ini telah lama diamalkan, namun
bahasa yang dihasilkan itu sering kali berubah-ubah
mengikut peredaran zaman.
Secara realitinya, bahasa slanga ini digunakan oleh
golongan remaja untuk berkomunikasi antara satu sama lain
dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Setiap negeri mahupun tempat mempunyai bahasa slanga
yang berlainan antara satu sama lain.
Antara contoh bahasa slanga ialah
lu, gua, senget, sengal, poyo, kerek, apa cer, doh, dan sebagainya.

Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin berleluasa
dalam kalangan remaja seiring dengan perkembangan
teknologi yang semakin maju.
Contohnya dalam sms, laman-laman sosial seperti
facebook dan tweeter.
Kadang kala kita tidak memahami bahasa  yang sering
digunakan oleh rakan kita sewaktu berkomunikasi.
Hal ini demikian kerana bahasa yang digunakan itu terlalu
pelik dan sukar untuk difahami maksud yang cuba disampaikan.

Diari 25: Sikap Rakyat Malaysia Yang Pemurah


Sikap rakyat Malaysia terkenal dengan
Sikap pemurahnya.
Disebabkan itu, wujud segolongan yang
Suka mengambil kesempatan.
Kalau kita lihat di pasar, stesen bab atau di bandar
ramai peminta sedekah.
Kadang ada segolongan yang tidak bertanggungjawab
Menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah
Pengalaman aku sendiri
Sudah banyak peminta sedekah yang aku jumpai
Dan aku sendiri pun rasa kesihan dan membantu
Setakat yang mampu.
Kadang-kadang terfikir juga
adakah mereka ini memang memerlukan bantuan
atau ada sindiket..
antara pengalaman aku:-
Kes 1
semasa aku di Stesen bas, aku dihadiri oleh seorang
wanita yang tidak terurus, tidak tahu la waras atau tidak
dia menghampiri aku dengan menadah tangannya.
Aku tidak sampai hati, hulurlah sedikit wang ringgit
Dan dia pun beransur pergi.
Kes 2
Semasa aku dalam bas, pada hari yang sama
Dan tempat yang sama
Datanglah seorang lelaki yang juga tidak terurus
datang meminta duit
ramai jugalah yang pemurah.
Kes 3
Kawan aku juga di stesen bas
didatang seorang pemuda
mengharapkan bantuan wang ringgit
Dia dengan muka kesihan dan
Memberi alasan tiada duit untuk balik
kerana ketinggalan bas
tidak tahulah betul atau tidak
terpaksalah membantu dia dengan
memberi wang yang diminta.
Bukan apa, disebabkan perasaan takut dan
Tidak mahu diganggu
yang menyebabkan kami cepat-cepat
bagi duit.
Kes 4
Semasa aku di bandar
Aku didatang seorang pemuda
Meminta duit kerana
Dia tiada duit untuk membaiki motonya yang pancit
Aku pun cepat-cepat bagi kerana tidak mahu diganggu
dan takut.
Ada lagilah beberapa kes lain.

Ulasan:
Hal ini demikian terus berleluasa
mungkin disebabkan sikap kita yang pemurah
Di samping rasa terancam. 

Diari 24: Lain Orang Lain Caranya


Aku dengan seorang kawan aku
berada dalam bas untuk ke Pasir Puteh dari KB
aku dan kawan aku merupakan orang terawal naik
bas tersebut. Dan ada beberapa
penumpang lain yang kemudian naik.
Tidak lama kemuadian, suasana seyap
dicemari dengan lagu yang kuat dan
tidak tahu apa maksudnya
segolongan orang India dengan disertakan
lagu dengan nada yang kuat dipasang dari telifon bimbit
ia amat mengganggu kami
kami di Kelantan, susah nak berjumpa denga
kaum India.
Aku pekakan telinga je laa (redhow huhu)
Kemudian, naiklah seorang mak cik
Duduk berhampiran sekumpulan India tadi
dan juga dekat dengan kerusi duduk aku
Aku sempat dengar kata-kata mak cik itu:-
Rama sangak nyoh ore gonih
Aku dengan kawan aku apa lagi
Tergelak sampai sakit perut laa hahaha
Maksud mak cik tadi:
Ramai juga la orang India ni
mungkin mak cik tadi rasa terganggu dengan muzik
yang dipasang oleh mereka.
Aku di UPSI sudah terbiasa dengan kaum India
yang suka akan muziknya.
Tetapi bagi mak cik tadi, mungkin
tidak biasa dan rasa amat-amat terganggu.

Ulasan:
Kita semasa berada di tempat awam
haruslah peka dan prihati terhadap
orang lain. Tidak semestinya kita suka,
orang lain juga suka. 

Ahad, 7 April 2013

Diari 23: Beza Permainan Dulu Dan Sekarang


Dalam pemerhatian aku
Permainan zaman kanak-kanak aku dahulu
berbanding zaman kanak-kanak sekarang
memang jauh bezanya
kanak-kanak zaman sekarang lebih
kepada permainan moden
seperti game dalam komputer dan talifon
kalau ada permainan yang sama pun
hanya sikit seperti badminton, bola sepak
permainan aku dahulu seperti congkak,
(decok) ting-ting, guli, wau
selipar kaki 3 (baling selipar), main tali getah
musang ayam, (nusuk) nyorok-nyorok
dan lain-lain lagi
teringat zaman kanak-kanak
seronoknya masa tu
huwaaa.. rindu kawan-kawan lama :’(

budak-budak zaman sekarang mana ada main
permainan ini lagi
aku tengok, di kampung
 kecik-kecik dan pandai rempit moto
aku dulu, tingkatan 4 baru berani nak-nak belajar moto
tu tak pergi ke CC lagi,
penuh dengan budak-budak duk main game
zaman aku dulu, mana kenal lagi apa itu CC
kenal CC pun dah besar gedeboh dah hehe
anak buah aku, 3 tahun lebih
amboi..hantu angry bird
kalah mak saudara nih hehe
tapi lau main, pasti laa pandai aku daripada anak buah hehe
aku dulu, mana ada angry bird bagai nie
maklumlah..sekarang era kanak-kanak moden
lama-lama pupuslah permainan tradisional kita
kalau generasi baru kita tidak
memperjuangkannya

ulasan:
zaman dan harus kemodenan yang
memaksa atau menjadikan generasi baru
dekat dengan teknologi,

Sabtu, 6 April 2013

Diari 22: Bahasa Kiasan


Dalam kelas Semantik yang lalu,
kami diajar tentang bahasa kiasan
apa itu bahasa kiasan?
Bahasa kiasan ialah perkataan atau ungkapan yang
digunakan dalam makna yang berlainan daripada
makna sebenar atau makna biasa perkataan itu.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa
bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa
yang istimewa sifatnya kerana bahasa ini digunaka
sebagai bahasa berlapik, yakni bahasa yang
mempunyai maksud tersirat sebangai bandingan.
Oleh itu, bahasa kiasan yang digunakan ini
mempunyai makna disebaliknya yang perlu difahami
dan dihayati dengan betul.
Antara contoh bahasa kiasan ialah peribahasa,
simpulan bahasa, bidalan, pepatah,
perbilangan, dan perumpamaan.

Bahasa kiasan sering kali digunakan oleh masyarakat
untuk menggambarkan sesuatu perkara dengan
perkara-perkara yang indah serta menyindir seseorang itu
dengan menggunakan kata-kata tersirat.
Namun begitu, apabila kita menghayati bahasa
kiasan dengan betul, secara tidak langsung kita
dapat mengetahui betapa indah dan uniknya bahasa
kiasan itu.Selain itu, melalui penggunaan bahasa kiasan
kita dapat menyindir seseorang itu dengan
menggunakan kata-kata yang baik tanpa menyinggung
perasaan seseorang itu.
Antara contoh ayat yang menggunakan bahasa kiasan ialah:-

Hitam bagai buntut belanga (perihal keburukan seseorang)
Puteri lilin(perempuan yang tidak tahan panas)
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
(seseorang yang telah tahu perihal sesuatu

perkara tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya.

Ulasan:
Kita sebagai generasi kini dan akan datang perlu
terus mengaplikasikan penggunaan bahasa kiasan
dalam kehidupan seharian disebabkan
penggunaan bahasanya yang cukup menarik dan indah.

Diari 21: Layanan Baik Seorang Kerani


Aku ke sebuah sekolah di Tanjung Malim
Bertujuan untuk menjalankan latihan makro
Aku pergi bersama-sama 3 orang rakan lagi
Oleh itu, kami perlu berjumpa kerani terlebih dahulu
Keraninya seorang berbangsa India
Dan seorang lelaki sedikit berumur
Dia sambut kami dengan layanan baik
Kami pun bertanyalah beberapa syarat
yang diperlukan
kami tidak dapat jalankan tugasan itu
jika tidak mendapat kelulusan PPD
 Aku sangat berpuas hati
Dengan layanan kerani itu
Bahasa Melayu yang digunakan juga jelas
dan agak baik.
Sebelum pulang,
Kami ucapkan terima kasih kepadanya
BUDI BAHASA BUDAYA KITA

diari 20: Layanan Baik Seorang Pekedai

Aku ke sebuah kedai komputer
Terletak di kawasan Tanjung Malim, UPSI
Aku suka dengan layanan yang deberikan
Aku berpuas hati layanan
Seorang penjual cita terhadap aku
Aku tanya siki, dia jawab panjang, jelas
Dan siap bagi contoh lagi dalam layanan mesra
Walaupun ayat bahasa Melayunya tidak betul
Tiada masalah asalkan layanannya, aku berpuas hati
Dan menyenangkan urusan aku.

Aku juga sempat memerhati
Kedai tersebut menjadi tumpuan semua kaum
Seperti India, Melayu dan Cina.
1 Malaysia
Mungkin layanan pekerjanya yang mesra
Dapat menarik pelanggan dalam
Pelbagai kaum

Ulasan:
Budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita.
Budi bahasa yang digunakan oleh seseorang itu,
Telah menggambarkan peribadi seseorang itu.

BUDI BAHASA BUDAYA KITA