Bahasa slanga merupakan satu kelainan
bahasa
yang dicirikan oleh kosa kata yang
baru digubal
dan sifatnya sering berubah.
Bahasa slanga ini telah lama
diamalkan, namun
bahasa yang dihasilkan itu sering kali
berubah-ubah
mengikut peredaran zaman.
Secara realitinya, bahasa slanga ini
digunakan oleh
golongan remaja untuk berkomunikasi
antara satu sama lain
dan hanya difahami oleh kelompok itu
sahaja.
Setiap negeri mahupun tempat mempunyai
bahasa slanga
yang berlainan antara satu sama lain.
Antara contoh bahasa slanga ialah
lu, gua, senget, sengal, poyo, kerek,
apa cer, doh, dan sebagainya.
Pada hari ini, penggunaan bahasa
slanga semakin berleluasa
dalam kalangan remaja seiring dengan
perkembangan
teknologi yang semakin maju.
Contohnya dalam sms, laman-laman
sosial seperti
facebook dan tweeter.
Kadang kala kita tidak memahami bahasa
yang sering
digunakan oleh rakan kita sewaktu
berkomunikasi.
Hal ini demikian kerana bahasa yang
digunakan itu terlalu
pelik dan sukar untuk difahami maksud
yang cuba disampaikan.