photo 1172146ulde14uk94.gif

Sabtu, 6 April 2013

Diari 22: Bahasa Kiasan


Dalam kelas Semantik yang lalu,
kami diajar tentang bahasa kiasan
apa itu bahasa kiasan?
Bahasa kiasan ialah perkataan atau ungkapan yang
digunakan dalam makna yang berlainan daripada
makna sebenar atau makna biasa perkataan itu.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa
bahasa kiasan merupakan satu bentuk bahasa
yang istimewa sifatnya kerana bahasa ini digunaka
sebagai bahasa berlapik, yakni bahasa yang
mempunyai maksud tersirat sebangai bandingan.
Oleh itu, bahasa kiasan yang digunakan ini
mempunyai makna disebaliknya yang perlu difahami
dan dihayati dengan betul.
Antara contoh bahasa kiasan ialah peribahasa,
simpulan bahasa, bidalan, pepatah,
perbilangan, dan perumpamaan.

Bahasa kiasan sering kali digunakan oleh masyarakat
untuk menggambarkan sesuatu perkara dengan
perkara-perkara yang indah serta menyindir seseorang itu
dengan menggunakan kata-kata tersirat.
Namun begitu, apabila kita menghayati bahasa
kiasan dengan betul, secara tidak langsung kita
dapat mengetahui betapa indah dan uniknya bahasa
kiasan itu.Selain itu, melalui penggunaan bahasa kiasan
kita dapat menyindir seseorang itu dengan
menggunakan kata-kata yang baik tanpa menyinggung
perasaan seseorang itu.
Antara contoh ayat yang menggunakan bahasa kiasan ialah:-

Hitam bagai buntut belanga (perihal keburukan seseorang)
Puteri lilin(perempuan yang tidak tahan panas)
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
(seseorang yang telah tahu perihal sesuatu

perkara tetapi berpura-pura tidak mengetahuinya.

Ulasan:
Kita sebagai generasi kini dan akan datang perlu
terus mengaplikasikan penggunaan bahasa kiasan
dalam kehidupan seharian disebabkan
penggunaan bahasanya yang cukup menarik dan indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan