photo 1172146ulde14uk94.gif

Selasa, 16 April 2013

Diari 26: Bahasa Slanga



Bahasa slanga merupakan satu kelainan bahasa
yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal
dan sifatnya sering berubah.
Bahasa slanga ini telah lama diamalkan, namun
bahasa yang dihasilkan itu sering kali berubah-ubah
mengikut peredaran zaman.
Secara realitinya, bahasa slanga ini digunakan oleh
golongan remaja untuk berkomunikasi antara satu sama lain
dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.
Setiap negeri mahupun tempat mempunyai bahasa slanga
yang berlainan antara satu sama lain.
Antara contoh bahasa slanga ialah
lu, gua, senget, sengal, poyo, kerek, apa cer, doh, dan sebagainya.

Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin berleluasa
dalam kalangan remaja seiring dengan perkembangan
teknologi yang semakin maju.
Contohnya dalam sms, laman-laman sosial seperti
facebook dan tweeter.
Kadang kala kita tidak memahami bahasa  yang sering
digunakan oleh rakan kita sewaktu berkomunikasi.
Hal ini demikian kerana bahasa yang digunakan itu terlalu
pelik dan sukar untuk difahami maksud yang cuba disampaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan