photo 1172146ulde14uk94.gif

Selasa, 5 Mac 2013

Diari 1:- Kolejku Syurgaku (KZ--->KUO)


Pada semester ini, aku telah berpindah kolej dari
Kolej Za’ba (KZ) ke Kolej Ungku Omar (KUO).
Apabila berpindah kolej beberapa perkara juga perlu berubah
Pertamaà mendapat ahli rumah yang baru
Ceritanya..tadaa J…huhu
Sepanjang aku tinggal di kolej, aku tidak pernah tinggal satu rumah dengan kaum lain.
Ini adalah pengalaman baru bagi aku. Aku telah ditempatkan satu rumah dengan dua orang kaum India.
Bagi aku tidak ada masalah kerana tinggal di bilik yang berasingan, yang penting
saling hormat-menghormati..betul tidak??
Mereka bercakap dengan kami menggunakan Bahasa Melayu..
Bahasa Melaysia katakan.. 
boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan antara kami.
Aku pula sekarang lebih memahami mereka..
mereka suka dengar lagu..boleh katakan setiap harilah suara-suara merdu itu kedengaran hehe..
Bercakap kuat..mereka juga suka berkumpul dan makan beramai-ramai..
almaklumlah..makan beramai-ramai ni boleh meriah..
dan memang meriahlah rumah kami tetapi satu pun tidak difahamiku apa yang dibualkan oleh mereka..
(semasa aku menulis karya ini pun masih kedengaran suara-suara itu) hehe..
 
Kedua à suasananya berbeza
Jika dahulu semasa berada di KZ aku banyak menghabiskan masa 
di rumah berada di ruang makan @ ruang tamu. Di sini agak berbeza sedikit
reka bentuk rumah, tidak disediakan meja makan.
Aku banyak menghabiskan masa dengan duduk dalam bilik sahaja..
makan..memasak..melayari internet apatah lagi tidur.. 
ke bilik air bila perlu (faham-fahamlah yea)

Ketigaà laras rumah semakin tinggi (laras 2 ke laras 4)
Dulu semasa di KZ aku tinggal di rumah laras 1 sahaja..berpindahnya aku ke KUO
terus naik pangkat ke laras 4..tiada 2 dan tiada 3..hehe
Kejang otok kaki aku dibuatnya..paling menyeksa batin aku adalah semasa
mengangkut barang pada awal semester…
nak pengsan dibuatnya oi..
nasib baik ada kawan yang baik hati tolong angkut sama-sama
(Nor Azlina Asyikin Othman..terima kasih kawanku)
peristiwa kita sama-sama terduduk kepenatan di tangga bermain di fikiranku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan