photo 1172146ulde14uk94.gif

Khamis, 14 Mac 2013

Diari 7: Pencemaran Bahasa


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya
pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah globalisasi.
Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena
yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini
mula berkembang di seluruh pelusuk dunia. Perkembangan ini membawa
banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh
melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.

Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima
kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini.
Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada
penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini
membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS),
alat yang menjadi penghubung antara dua individu
dengan kaedah cepat dan menjimatkan,
sebenarnya mencemarkan bahasa.
Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan
sering berlaku dalam SMS.
Tujuaan penggunaan singkatan perkataan,
lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk
menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku
disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad.
Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur
aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
bergantung kepada perkataan mana lebih pendek
supaya maksud yang hendak disampaikan
difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu,
contohnya “Nxt week blk umah tak?”
(bahasa rojak dan singkatan ejaan)

Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi
seperti karangan, surat rasmi dan memo
hingga menyebabkan pencemaran bahasa.


Contoh lain:- 
(Kesalahan bahasa/ejaan)


Dalam papan tanda tersebut, ejaan kata
“Di Raja” yang digunakan dalam frasa
“Kelab Di Raja Selangor” sebenarnya tidak tepat.
Kata “Di Raja” sepatutnya dieja “Diraja”,
kerana “Di” pada kata tersebut bukanlah awalan
ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan
sebahagian daripada kata dasar.

Bahasa Jiwa Bangsa!
Bahasa Menunjukkan Bangsa!
Hilang Bahasa Lenyaplah Bangsa!

ULASAN:-
Kemajuan teknologi telah mempengaruhi masyarakat kini
dalam berbahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan