photo 1172146ulde14uk94.gif

Ahad, 24 Mac 2013

Diari 14: Penggunaan Bahasa Inggeris di Universiti


Penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan
masyarakat semakin dominan berbanding bahasa Melayu.
Dalam kelas yang lepas, salah seorang daripada kami
menyatakan sedikit tidak puas hari seorang pelajar
lain mengenai pengambilan pensyarah luar
dan mereka mengajar dengan menggunakan bahasa Inggeris
sedangkan subjek atau kursus itu sebenarnya menekan
bahasa Malaysia.



Memang kami tidak setuju dengan keadaan itu.
Dan kami dapat tahu keadaan itu berlaku
kerana dibenarkan berlaku oleh orang-orang atasan.
Sebenarnya penggunaan bahasa Inggeris ini ada kesan
negatif dan positifnya.
Mereka melihat kesan positif dengan membenarkan
Keadaan ini berlaku.
Antara kesan positifnya ialah
dapat meningkatkan kedudukan sesebuah universiti itu
ramai pelajar asing mahu belajar di sini

Dan kesan negetifnya terjadi kepada
pelajar warganegara sendiri
misalnya terdapat seorang pelajar dalam kelas itu
maka pengajaran dalam bahasa Inggeris perlu dilaksanakan.
Disebabkan seorang, ramai yang perlu korbankan
Hal ini sungguh tidak adil sebenarnya.
Namun, bagi pengambilan pensyarah luar
kita perlu terima dengan hati terbuka
kerana kita melihat ilmu yang ada padanya
misalnya seorang warganegara lain
yang telah mengkaji tentang negara kita.
Mereka akan lebih tahu daripada kita
Maka mereka layak mengajar kita
Walaupun mereka menggunakan bahasa Inggeris
sebagai komunikasi.
Jika mereka menggunakan bahasa Melayu
mungkin mereka tidak mampu
mengajar dengan baik.

Ulasan:
Bahasa Inggeris memang tidak dinafikan penting
Namun, bahasa kita juga perlu diperjuangkan. Jika
bukan kita, siapa lagi??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan