photo 1172146ulde14uk94.gif

Selasa, 19 Mac 2013

Diari 11: Perbezaan Dialek


Dialek ialah suatu bentuk bahasa
yang berbeza daripada bahasa standard.
Dialek berbeza daripada bahasa baku yang
digunakan dalam situasi rasmi kerana dialek digunakan dalam
situasi-situasi lain yang tidak rasmi seperti dalam perhubungan
kekeluargaan dan pergaulan seharian.

Dialek dapat dibahagikan kepada 3 iaitu dialek sosial,
dialek daerah, dan dialek seketika.
Dialek sosial ialah dialek yang dituturkan mengikut kelas sosial penutur.
Dialek daerah pula ialah dialek yang dituturkan oleh
kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.
Dialek seketika dilihat dari segi zaman.
Antara satu daerah dengan satu daerah yang lain
mempunyai dialek yang berbeza.
Disebabkan aku tinggal di Perak sekarang dan
tempat asal aku di Kelantan,
perbandingan dialek yang ingin aku buat ialah
dialek Perak dan dialek Kelantan.
Perbezaan ini dapat dilihat dari segi:-

a) Kata ganti nama diri
Bahasa standard          Dialek Perak         Dialek Kelantan
saya                       təman                   ambo
awak                       mikə                      mu

b) Fonologi
Bahasa standard           Dialek Perak          Dialek Kelantan
ular                           ulo                        ula
beras                        bəgheh                   bəghah
makan                       makan                   make

 c) Kosa kata
Bahasa standard        Dialek Perak        Dialek Kelantan
pepatung                  cakcibo               putiŋ  bəliuŋ
pergi kenduri            pərgi paŋgil               makə gula
Ulasan:-
Oleh itu, dapat dilihat dengan jelas perbezaan antara dialek
Perak dengan dialek Kelantan.
Perbezaan sangat ketara ini menunjukkan betapa kaya
dan kepelbagaian jenis variasi bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan