photo 1172146ulde14uk94.gif

Ahad, 10 Mac 2013

Diari 6: Kata Ganti Nama



Macam-macam penggunaan kata ganti nama
Yang terdapat dalam masyarakat kita
Contohnya:
Bro..bai..mu..aku..sis..dll
Kata ganti nama juga berkaitan dengan
Tempat asal seseorang itu
Bagi aku dan kawan-kawan aku
Yang semuanya berasal dari negeri timur
Iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang
Kami menggunakan kata ganti nama
Ala-ala negeri timur gituw hehe

Aku mempunyai 6 orang kawan rapat (geng 7)
Percakapan kami kearah penggunaan
Dialek Kelantan
Aku dan 3 orang lagi daripada kami berasal
Dari Kelantan
Maka, kami lebih cenderung berdialek Kelantan.

KAM(^__^)
BEST FRIEND 4 EVER  INSYAALLAH

Kata ganti nama yang kami gunakan
Ialah “kawe” (saya) dan “demo” (awak)
Kami kenal sejak semester 1 lagi
Hubungan persahabatan kami rapat
Penggunaan ganti nama “kawe” dan “demo”
Bermula sejak semester 1 hinggalah sekarang.

Kami selesa berbahasa begitu
Namun, bagi sesetengah yang mendengarnya
Ia agak ganjil bagi kami kaum wanita
Kami juga pernah ditegur
Bagi kami, tiada masalah
Itu masalah bagi orang yang mendengarnya
(p/sàjadi, kalau tidak suka, buat2lah tutup telinga yea)

Ulasan:
Penggunaan kata ganti nama kami dipengaruhi daripada
dialek Kelantan. Kami selesa dengan penggunaan
kata ganti nama pertama tersebut. (sosiolinguistik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan