photo 1172146ulde14uk94.gif

Selasa, 26 Mac 2013

Diari 16: Perbuatan Tidak Senonoh Di Depan mata


Sepanjang aku berjalan di Bandar Kuala Lumpur
Banyak perbuatan tidak senonoh dilakukan
Dalam kalangan muda-mudi bandar
Antaranya berpelukan di tempat umum, dan
Dan pakaian kurang sopan.
(Khusus untuk muslim)

Semasa aku beratur untuk membeli tiket wayang
Ada sepasang anak muda melayu
Yang perempuan beratur di depan pemuda
Mungkin kekasih atau suaminya (berbaik sangka)
Tangan pemuda itu pula berlingkar di pinggang
wanita bertudung itu
Romantiknyeeee hahaha
 Bagi aku walaupun dia suami isteri
Fikirlah kita berada di tempat awam
Apa lagi kalau bukan orang Islam tengok
Apakah pandangan mereka terhadap agama kita
Kami pandang-pandang lelaki itu sambil berbisik-bisik,
Mungkin dia malu
Dia jatuhkan jua tangan dari pinggang pasangannya itu
Fuuhh lega..
Kami sengaja berbuat begitu hehe

Ulasan:
Hormatilah orang sekeliling kita
Dengan menjaga perbuatan kita pun sudah memadai
Sepanjang aku berada Mid Valley
Aku tertarik melihat seorang wanita
Yang bertubuh kecil sedang sarap mengandung
Sedang menunggu suaminya depan surau
Hebatnya Allah s.w.t mencipta wanita
Walaupun bertubuh kecil dan bersifat lemah
Wanita mampu menumpangkan seorang manusia lagi
Di rahimnya selama 9 bulan lebih
MasyaALLAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan