photo 1172146ulde14uk94.gif

Selasa, 26 Mac 2013

Diari 15: Sikap Amarah Orang Malaysia


Sifat marah adalah salah satu sifat yang dimiliki
oleh makhlukbernama manusia.
Sehinggakan seseorang itu akan digelar ‘ Si Panas Baran ‘ kerana
sifat amarah yang dimiliki tidak dapat dikawal atau dibendung.
Sifat marah dicipta oleh Allah mempunyai keistimewaan
dan keindahannya yang tersendiri bagi mereka yang
benar-benar mengerti dan menghayati.
Disebalik ujian untuk menguji keimanan dan ketakwaan
sifat marah perlu pada sesuatu ketika.
Dalam islam kita dianjurkan untuk mengawal perasaan
marah bukan beerti kita perlu membuang terus sifat marah tersebut.
Mengawal kemarahan adalah dengan mendidik, mengajar dan
mengerahkan perasaan marah agar ia tunduk kepada
pertimbangan aqal dan suruhan syarak.
Mengasuh dan mengajar perasaan agar tidak cepat
melatah, mudah memberi kemaafan, menjauhi pertelingkahan
dan perkara-perkara yang menyebabkan marah.

Semalam aku ke Kuala Lumpur bersama-sama
Beberapa kawan. Kami dan seorang mak cik
nak turun di Masjid Jamek.
Pembandu bas itu marah kerana katanya
Dia sudah tanya tadi ada sesiapa nak turun di situ
Kami tidak mendengar akan pertanyaan itu
Disebabkan kami duduk di kerusi paling belakang
Kata mak cik pula, dia sudah bagitahu bahawa
dia nak berhenti di situ.
Pemandu bas itu marah-marah
Adakah dengan cara dia marah akan selesaikan masalah??



Sikap yang ditunjukkan pemandu bas itu memang tidak patut.
Bayangkan jika terdapat pelancong dalam bas itu
Apakah pandangan mereka tentang sikap kita ini
dan pastinya nama negara kita menjadi ‘busuk’
Bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”

Pemandu bas itu sepatutnya bersopan
Apatah lagi terhadap seorang wanita tua
Kami juga turut merasa ‘seram’ dengan keadaan ini
Tambahan pula kejadian ini berlaku
Pada awal tibanya kami di kota metropolitan ini

Walaupun pemandu bas itu marah-marah
Sebelum turun, kami tetap berterima kasih kepadanya

Ulasan:
Marilah kita berbudi bahasa
Jika kita suka akan orang yang berbudi pada kita
Maka, haruslah kita mulakan dulu

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan