photo 1172146ulde14uk94.gif

Khamis, 21 Mac 2013

Diari 12: Setia Tidak Semestinya Benci


Setia Tidak Semestinya Benci???
Mesti sesiapa pun yang mendengar
ayat ini akan tertanya-tanya maksud
yang ingin disampaikan.
Aku pun begitu pada mulanya.
Dan ada juga yang menyatakan ayatnya betul
Tetapi tidak logikal.

Tadi permulaan kelas Sosiolinguistik kami
Berlaku perbincangan mengenai perasaan.
Apakah perasaan kita apabilah jatuh cinta?
Banyak yang dijawab oleh kami seperti
gembira, bahagia, seronok, cemburu,
kasih, sayang, dan banyak lagi.
Perbincangan yang dekat dengan perasaan kami
bagi sesiapa yang pernah atau sedang bercinta hehe☺


Cinta

Selepas perbincangan ini
Kami diajukan pertanyaan ini:
Setia Tidak Semestinya Benci???
Berfikirlah kami sejenak

Rupa-rupanya yang ingin disampaikan ialah
jika mengusai satu bahasa misalnya bahasa ibunda kita
iaitu Bahasa Melayu jika janganlah
membenci bahasa lain.
Kita perlu menerima apa-apa bahasa bertujuan
menuntut ilmu.
Kita setia kepada bahasa kita tetapi
tidak membenci bahasa lain.
Contohnya:-
Kita menggunakan bahasa Melayu dalam
urusan kehidupan seharian kita
namun, kita masih perlu menguasai bahasa Inggeris
untuk hal-hal tertentu.

Ulasan:
Kita perlu mencintai bahasa kita
namun, kita janganlah membenci bahasa lain.
Kita perlu bersikap terbuka dalam
Menimba ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan