photo 1172146ulde14uk94.gif

Rabu, 6 Mac 2013

Diari 3:- Baucer Buku (BB1M)


Seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2013
pada 28 September 2012 di Parlimen, Kerajaan mencadangkan peruntukan
sebanyak RM325 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian
baucar buku berjumlah RM250 setiap pelajar.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang
pelajar di seluruh Negara dalam membant
 meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian
di samping memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bukan nak cerita pasal kepetingan baucer..tetapi
Nak cerita sikap penjual dan pelajar yang menerima baucer BB1M

Kes 1
Setelah pemberian baucer ini mula dilaksanakan
Sesetengah penjual telah mengambil kesempatan di atas pemberian
Baucer ini dengan cara menaikkan harga barangan.
(berombak jugalah jiwa aku nie)
Contohnya:-
Penjual di PC Fair
Dialognya beginià
Aku: berapa harga hard disk nie?
Penjual: cash RM199, kalau guna baucer RM233
Aku: (dalam hati)
 apa kes pulok nga bezo banyok gitu mor padahal benda serupo jah @
Apahal pula banyak perbezaan sedangkan benda dan nilainya sama sahaja
Aku terus keluar dengan perasaan yang tidak berpuas hati

Kes ke-2
Ada sesetengah pelajar yang tidak bertanggungjawab
telah menyalahgunakan baucer BB1M
mereka telah menjual baucer BB1M yang bernilai RM250
dengan harga RM200.
Kayalah pembeli baucer tu yea
Setiap seorang x RM50 = untung??
Wah…kaya dengan cara mudah
Tetapi salah tetap salah
p/s: aku akan menggunakan baucer aku dengan manfaatnya JJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan