photo 1172146ulde14uk94.gif

Khamis, 28 Mac 2013

Diari 18: Tidak Faham Bahasa atau Buat-buat Tidak Faham?


Semasa aku dalam perjalanan balik dari Kuala Lumpur
Menggunakan kemudahan KTM
Kami suka menggunakan ruang khas untuk wanita
Atau dikenali koc wanita

Ruangan ini khas untuk wanita sahaja
Bagi memastikan keselamatan terjamin
Daripada “anasir-anasir” daripada kaum lelaki
Masalahnya, masih ada kaum lelaki yang
Tidak faham bahasa atau memang buta tanda (entahlah)
Tidak segan silu menggunakan ruangan yang dikhaskan
Untuk kaum hawa sahaja tanpa rasa segan
Mereka boleh pula buat bising dan bergelak ketawa

Salah!!


Mereka sepatutnya faham akan tanda ini

Nak cakap tidak faham, ia sudah ditulis dalam beberapa bahasa

Atau mereka tertukar jantina?? hehe


Ulasan:
Kita sepatutnya peka dengan keadaan sekeliling.
Kadang-kadang secara tidak segaja
Kita telah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan