photo 1172146ulde14uk94.gif

Sabtu, 30 Mac 2013

Diari 19: Malu Bertanya Sesak Jalan


Masih cerita dalam KTM
Dari kuala lumpur untuk ke Tanjong Malim
Perlu pertukaran KTM di Rawang
Kalau tidak tahu, alamatnya kita ke Kuala Lumpur semulalah
Begitu juga kalau dari Tanjong Malim


Ada dua orang penumpang dari Ipoh
Niatnya ke Kuala Lumpur
Sampai Rawang dia tidak tahu bahawa dia
Perlu membuat pertukaran KTM di Rawang
Untuk ke Kuala Lumpur
 Dia berbangsa Cina

Semasa KTM dalam perjalanan dari Rawang ke Tg.Malim
Dia bertanya kepada kami (dalam bahasa Melayu)
KTM ini menuju ke mana (dengan muka hairan)
Aku jawablah ke Tg.Malim
Dan bertanyakan dia hendak ke mana
Dia menjawab nak ke Kuala Lumpur
(Sah dia tidak tahu…)
Dia cakap:
 patutlah rasa macam pelik
Kereta api ini jalan ke arah bertentangan dari arah tadi
Nasiblah dia perasan sebelum sampai
Ke Tg. Malim lagi

Apa lagi..(kalok molek laa dionyow)
Kami menyuruh dia berhenti di Serendah
Tunggu KTM dari Tg.Malim
Ke Rawang semula

Ulasan:
Sepatutnya dia kena tanya semasa
Membeli tiket di kaunter KTM lagi
Bahawa untuk ke Kuala Lumpur
Memerlukan pertukaran KTM atau tidak
Bak kata pepatah
Malu bertanya, sesak jalan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan