photo 1172146ulde14uk94.gif

Khamis, 14 Mac 2013

Diari 8: Cara Berpakaian Melambangkan Diri


Pakaian yang rapi dan baik adalah merupakan
sebahagian yang hakiki dari penampilan peribadi kita.
Penampilan peribadi adalah salah satu sifat daripada
keperibadian yang menyenangkan,
maka penting bagi kita untuk tetap mengingatkan
peraturan umum mengenai cara berpakaian.

Di UPSI, para pelajar terbiasa berpakaian
formal ke kelas.
Namun, terdapat juga yang berpakaian
tidak formal seperti berseluar dengan t-shirt
dan sebagainya.

Kita yang bakal menjadi guru perlu menjaga
penampilan kita dengan cara berpakaian sopan,
menampakkan keselesaan, dan sesuai dengan
gaya pendidik.
Kita tidak boleh terlalu taksub dengan budaya luar
seperti K-Pop dan sebagainya.

Contoh fesyen K-Pop yang digilai belia hari ini



Memanglah berfesyen itu dibolehkan,
tetapi perlulah berpada-pada.
Permakaian kita juga sebenarnya melambangkan
Keperibadian kita.
Sebelum mendidik orang lain,
didiklah diri sendiri dahulu.  

Sikap bersederhana adalah cara yang paling baik.
Berpakaian mesti selalu rapi, bersih dan tidak berlebihan.
Hindarilah pemakaian pakaian yang kaku,
terlalu nipis atau ekstrim, berkedut dan selekeh.
Paling utama, kita sebagai orang Islam,
berpakaianlah dengan cara Islam iaitu menutup aurat.

Ulasan:
Pelbagai sosiobudaya yang terdapat di
seluruh dunia, akan mempengaruhi seseorang
itu berpakaian. Maka, contohilah
budaya yang bersesuaian dengan diri dan agama kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan