photo 1172146ulde14uk94.gif

Rabu, 6 Mac 2013

Diari 2:- Amalan berterima kasih dalam kalangan pelajar UPSI


Terima kasih membawa maksud rasa syukur,
Berterima kasih memberi maksud mengucap syukur;
melahirkan rasa syukur atau membalas budi setelah menerima kebaikan.

Terima kasih diucapkan oleh semua penduduk dunia
dengan bahasa dan dialek masing-masing.
Timo Kaseh (ore kelate kato) hehe

contoh-contoh lain:-
Ucapan terima kasih adalah perkataan keramat yang
boleh menyatupadukan serta menimbulkan rasa rendah hati
mahupun mewujudkan rasa persahabatan dalam diri.
Mereka yang biasa mengucapkan perkataan terima kasih
akan sering berada dalam keadaan yang bagus dan indah.
Jarang sekali mereka yang rajin berterima kasih memiliki
wajah dan perwatakan yang buruk.
Hari ni nak bercerita amalan berterima kasih dalam
Kalangan pelajar UPSI.
Aku boleh katakan bas adalah pengangkutan utama aku di UPSI.
 Setiap hari menaiki bas ke kampus dan kelas.
Dan setiap kali semasa turun dari bas..
Budaya terima kasih amat terserlah dalam kalangan mahasiswa/wi
Walaupun bukan setiap kali begitu
Aku percaya..setiap mahasiwa/wi di UPSI pernah dan sering
Mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas
Kadang-kadang..
pakcik atau abang pemandu bas penat nak menjawab “sama-sama
dan hanya mengangguk kepala tanda ucap “sama-sama
ucapan terima kasih untuk jasa dan budi mereka kepada kami
yang sudi berkhidmat untuk kami setiap hari.

Aku pernah berfikirà pekerjaan memandu bas adalah
kerja yang amat membosankan.
Tapi dalam masa yang sama nasib ada mereka (cakap dalam hati)

Kita dapat lihat, bakal-bakal guru di UPSI mempunyai nilai-nilai
yang boleh dicontohi.
Walaupun tidak kenal rapat dengan pemandu bas tersebut.
Melalui dengan amalan berterima kasih
Secara tidak langsung, hubungan erat akan terjalin J J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan